Sunday, May 17, 2015

Jom Jalan-jalan di Melaka Bandaraya Bersejarah! (Part 2)

Sambungan.. 
Lagi tempat-tempat menarik di Melaka yang boleh anda lawati:

1. The Shore Oceanarium Melaka

- Merupakan satu tempat tarikan baru yang terletak di  tingkat 2 kompleks membeli-belah The Shore. Terowong akuarium sepanjang 160 meter ini menjanjikan perjalanan yang luar biasa di mana pengunjung dapat menyaksikan pelbagai haiwan hidupan laut yang diletakkan di dalam dinding akuarium-akuarium tersebut. Pastinya menyeronokkan!

Harga Tiket: 
  • Kanak-kanak (3-12thun)- RM18
  • Dewasa (13-59 thn) - RM28
  • Warga Emas (60 thn ke atas) - RM18








2. Galeri Rumah Terbalik Melaka

- Galeri rumah terbalik ini adalah destinasi pelancongan terbaru di Melaka yang terletak di bandar Hilir. Rumah terbalik ini mempunyai 5 ruang utama, ruang utama, ruang makan, bilik anak, bilik tidur dan tandas. Semua pengunjung berpeluang untuk mengalami dunia terbalik beramai-ramai dan merakamkan pengalaman unik tersebut dengan mengambil gambar yang akan dibantu oleh pekerja di galeri berkenaan.


Harga Tiket: 
  • Kanak-kanak- RM10
  • Dewasa - RM15

3. Melaka River Cruise

- River cruise ini beroperasi setiap hari dari jam 5.00 petang ke jam 11.30 malam, di jeti Taman Rempah. Pengunjung berpeluang menikmati panorama indah yang berada di sepanjang sungai yang bermandikan cahaya lampu yang berwarna warni. Bot-bot akan melalui Kampung Morten (perkampungan Melayu yang cantik dan tersusun), Taman Lanun, Jambatan Hantu, Kampung Jawa, Menara Jam dan Jonker Walk. Setiap pusingan biasanya memakan masa 45minit yang meliputi 9km perjalanan.

Harga Tiket: 
  • Kanak-kanak- RM10
  • Dewasa - RM15

Monday, February 16, 2015

Jom Jalan-jalan di Melaka Bandaraya Bersejarah! (Part 1)


Pernah berkunjung ke Melaka? Melaka salah satu negeri yang paling bersih dan banyak tempat pelancongan yang cukup menarik untuk di lawati.

Berikut adalah antara tempat-tempat menarik di Melaka yang boleh anda lawati:

1. Zoo Melaka & Night Safari 
- Zoo kedua terbesar di Malaysia yang dibina di tepi lebuhraya Ayer Keroh. Zoo yang dibina pada tahun 1963 ini memang merupakan antara tumpuan pelancong ke bandar Melaka — dengan lebih 1,000 pengunjung setiap hari. Bertentangan dengan Zoo Melaka ini  adalah Taman Buaya dan Melaka Wonderland. 

Harga Tiket : RM15 (Dewasa)  dan RM6 (Kanak-Kanak)

Waktu Operasi
Zoo : 9 pg – 6 ptg
Safari : 8 mlm – 11 mlm (dibuka pada hujung minggu sahaja)







2. Kota A Famosa Melaka 
- Merupakan sebuah kubu pertahanan orang Portugis yang dibina pada tahun 1511 sebaik sahaja Portugis berjaya menawan kota Melaka dari tangan orang Melayu. Ia terletak berdekatan dengan Muzium Istana Kesultanan Melaka. Kubu tentera ini dibina dengan menggunakan kira-kira 400 orang hamba kepunyaan raja Melaka yang ditawan dan menggunakan bahan binaan hasil dari batu-batu masjid dan batu kubur yang dibongkar.

Apa yang tinggal kini ialah pintu kota ini di kaki bukit St. Paul iaitu Porta de Santiago. Jika anda mendaki bukit hingga ke puncak, anda akan sampai ke Gereja St. Paul — sebuah gereja Portugis yang kemudiannya ditukar menjadi kubur orang-orang bangsawan oleh Belanda.
  
Harga Tiket : Masuk PERCUMA





3. Melaka Wonderland Theme Park & Resort

- Taman tema air Melaka yang terletak di seberang Zoo Melaka yang dikelilingi oleh hutan rekreasi seluas 360 hektar, taman tema air ini mempunyai 12 tarikan selain dari Taman Dinasor dan Taman Ekstrim untuk aktiviti Go Kart dan Paintball. Dibuka pada 2010, Melaka Wonderland tidak sebesar dan sehebat Sunway Lagoon atau Tambun Lost World Ipoh, tetapi untuk mereka yang mencari tempat bermain air yang selamat, ini merupakan salah satu tempat yang boleh anda cuba.

Harga Tiket:
Kanak-kanak di bawah 90 cm : Percuma
 Isnin – Jumaat: Dewasa : RM28, Kanak-kanak : RM22  
Hujung Minggu: Dewasa : RM32, Kanak-kanak : RM27


Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia. - See more at: http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/tempat-tempat-menarik/rekreasi#sthash.amKmlYt2.dpuf
 4. Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka ini dibuka pada tahun 1987 adalah antara tarikan pelancongan yang agak popular di Melaka. Di taman kecil ini, anda boleh melihat lebih 100 ekor buaya yang dikumpulkan dari seluruh dunia.
Antara buaya yang dipelihara di sini termasuklah buaya Jenjulung dan Tembaga yang boleh didapati di sungai negara ini serta buaya March Mugger dari India dan Alligator dari Amerika Syarikat.
Jika dahulu taman ini hanya memuatkan buaya, kini ia juga mempunyai taman air untuk kanak-kanak. Jadi jangan lupa bawa baju persalinan jika anda ada anak kecil.

Waktu Operasi: Setiap Hari : 9 pagi – 7 petang
Harga Tiket: Dewasa : RM10, Kanak-kanak : RM6

Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.
- See more at: http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/tempat-tempat-menarik/rekreasi#sthash.amKmlYt2.dpuf

5. Muzium Kapal Samudera

Muzium Samudera atau “Muzium Kapal” yang terletak di Jalan Merdeka adalah antara monumen Melaka yang pasti menarik perhatian anda kerana ia kelihatan seperti sebuah kapal lama dan diletak di tepi muara Sungai Melaka.
Muzium ini dibina di dalam sebuah replika kapal Portugis bernama Flor de La Mar — iaitu sebuah kapal perang yang digunakan dalam serangan ke atas Melaka pada tahun 1511.
Di dalamnya anda bakal melihat wang dahulu kala, meriam, peti besi, lukisan, replika kapal serta peta-peta yang menceritakan tentang sejarah maritim di Melaka.

Harga Tiket :
Warganegara Malaysia: Dewasa RM3, Kanak-kanak : RM1
Pelancong Asing : Dewasa : RM6, Kanak-kanak : RM2


6. Menara Taming Sari

Menara Taming Sari di Melaka adalah sebuah menara tinjau setinggi 110 meter yang terletak dalam jarak jalan kaki dari runtuhan Kota A Famosa.



Oleh kerana Melaka tidak mempunyai banyak bangunan tinggi seperti Kuala Lumpur, menara dengan teknologi Swiss ini adalah antara cara terbaik untuk anda melihat kota Melaka dari pandangan dari atas. Menara Taming Sari ini boleh membawa 66 orang pelawat pada satu masa dan tempohnya hanya 7 minit. Apabila ia naik ke atas, menara Gyro pertama di Malaysia ini akan berputar perlahan-lahan. Anda akan dapat melihat kawasan bersejarah seperti Bukit St. Paul, Bangunan Memorial Kemerdekaan, Masjid Selat dan replika kapal Flor De la Mar serta kepesatan pembinaan yang sedang dijalankan di seluruh kota.

Harga Tiket
Warganegara dengan MyKad: Dewasa RM10, Kanak-kanak RM5
Pelancong Asing : Dewasa RM20, Kanak-kanak RM10


7. Bayou Lagoon Park Resort

 Selain Melaka Wonderland, pengunjung boleh membawa anak-anak bermandi-manda di Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di Bukit Katil. Bayou Lagoon Park Resort mempunyai taman tema air yang berkonsepkan suasana pantai tropika sesuai untuk aktiviti bermandi-manda seisi keluarga. 

Harga Tiket

Dewasa: RM20
Kanak-kanak (lebih 3 thun/tinggi lebih 90cm): RM15



8. A Famosa Resort

A Famosa Resort di Melaka ialah sebuah taman hiburan keluarga yang popular dengan taman tema air, safari wonderland dan bandar koboinya.


1. Taman Tema Air - adalah antara yang terbaik di Melaka. Ia dikatakan sebagai taman tema terbesar di Malaysia dan mempunyai tarikan seperti pantai buatan dan luncur air setinggi 7 tingkat yang cukup menggerunkan.

2. Safari Wonderland - Jika anda sukakan binatang dan ingin merasa keseronokan menaiki jeep sambil masuk ke dalam habitat haiwan liar seperti harimau, Safari Wonderland bakal mengujakan anda.

3. Bandar Koboi - Ia bakal melekakan dan anda akan terasa seolah-olah anda benar-benar berada di dalam dunia koboi  — dengan Red Indian, koboi dan bangunan Wild West dikeliling anda.

Harga Tiket

Isnin – Jumaat 

Dewasa: Safari wonderland RM 47, Taman Tema Air RM 37 , Old West RM 73

Kanak-kanak: Safari wonderland RM 37, Taman Tema Air RM 32 , Old West RM 53


Hujung Minggu 

Dewasa : Safari wonderland RM 50, Taman Tema Air RM 42 , Old West RM 75

Kanak-kanak : Safari wonderland RM 40, Taman Tema Air RM 37 , Old West RM 48






Haa.. ni baru sebahagian je
Banyak lagi tempat-tempat yang MENARIK..
Jom Jalan-Jalan MELAKA!

Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.
- See more at: http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/tempat-tempat-menarik/rekreasi#sthash.amKmlYt2.dpuf
Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.
- See more at: http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/tempat-tempat-menarik/rekreasi#sthash.amKmlYt2.dpuf

Saturday, January 17, 2015

Anda Mencari HOMESTAY MURAH??

Assalamualaikum..

Adakah anda dan rombongan sedang tercari-cari homestay yang selesa di Melaka?


Kalau jawapan anda 'YA', apa kata anda singgah di HARMONI HOMESTAY dengan kemudahan yang SERBA LENGKAP, harga pun BERPATUTAN!.. Homestay kami sangat sesuai untuk ahli-ahli rombongan cik kiah (9-12 orang) yang memerlukan rumah penginapan dan bilik yang selesa.



 Lokasi:
Terletak di Taman Krubong Perdana (fasa 2), Krubong merupakan kawasan perumahan elit yang moden dalam suasana aman dan harmoni di kawasan pinggir bandar. Ia juga dikelilingi oleh kejiranan melayu yang baik lagi peramah. Terdapat juga kemudahan lain seperti kedai makan, kedai runcit, spa, bengkel, kedai dobi dan kedai hardware yang boleh didapati di taman ini dan taman yang berdekatan sekitarnya.


 
 Kemudahan:


- 5 bilik tidur
   * 2 set bilik tidur saiz King 
   * 2 katil saiz Queen 
   * 3 katil Single
   * 2 aircond 

- 3 bilik air 

  * dilengkapi 2 pemanas air 


- Ruang Makan
* Meja makan + 8 kerusi


- Ruang Tamu 
   

* TV
* Sofa
* Aircond



- Ruang Dapur 
 * Peti Sejuk, periuk nasi, kettle
 * Kabinet dapur (lengkap dengan kelengkapan memasak)   
 
- Mesin Basuh
  + Ampaian baju


 
Pendek kata, semuanya lengkap!




Anggaran masa dari lokasi ke tempat-tempat menarik di Melaka:
1) 5-10 minit 
- Stadium Hang Jebat dan Masjid Cina
- Tesco Cheng
2) 10-15 minit
- Exit Tol Ayer Keroh.
- MiTC, Taman Buaya, Taman Rekreasi, Zoo Melaka, Melaka Wonderland 

- Mydin Melaka
- Kampus Induk UTEM
- Bandar Alor Gajah.
3) 20 minit 

- Bayou Lagoon

- Exit Tol Simpang Ampat
- A’Famosa Waterworld, Perkampungan Negeri.
-  Kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu Alor Gajah
4) 30 minit 
- Bandar Melaka, Dataran Pahlawan, Muzium Negeri, Menara Taming Sari, Pusat Sejarah, Kota A’Famosa dan banyak lagi..

Harga mengikut hari check-in:
- RM 270/malam = Hari Biasa (Isnin – Khamis)
- RM 300/malam = Hujung Minggu (Jumaat, Sabtu, Ahad) 

RM 330/malam = Cuti Umum & Cuti Sekolah.
(Harga Pasaran RM350-RM400)

Check-in/masuk   : 2 ptg & keatas
Check-out/keluar : 12.00 tghri
 


** Penyewa MUSLIM sahaja

Tunggu apa lagi? Hubungi Sekarang :
 





Call/SMS/WhatsApp/Telegram :
+6019-219 5059 (zafuan)
+6019-216 5059  (nita)