Sunday, May 17, 2015

Jom Jalan-jalan di Melaka Bandaraya Bersejarah! (Part 2)

Sambungan.. 
Lagi tempat-tempat menarik di Melaka yang boleh anda lawati:

1. The Shore Oceanarium Melaka

- Merupakan satu tempat tarikan baru yang terletak di  tingkat 2 kompleks membeli-belah The Shore. Terowong akuarium sepanjang 160 meter ini menjanjikan perjalanan yang luar biasa di mana pengunjung dapat menyaksikan pelbagai haiwan hidupan laut yang diletakkan di dalam dinding akuarium-akuarium tersebut. Pastinya menyeronokkan!

Harga Tiket: 
  • Kanak-kanak (3-12thun)- RM18
  • Dewasa (13-59 thn) - RM28
  • Warga Emas (60 thn ke atas) - RM18








2. Galeri Rumah Terbalik Melaka

- Galeri rumah terbalik ini adalah destinasi pelancongan terbaru di Melaka yang terletak di bandar Hilir. Rumah terbalik ini mempunyai 5 ruang utama, ruang utama, ruang makan, bilik anak, bilik tidur dan tandas. Semua pengunjung berpeluang untuk mengalami dunia terbalik beramai-ramai dan merakamkan pengalaman unik tersebut dengan mengambil gambar yang akan dibantu oleh pekerja di galeri berkenaan.


Harga Tiket: 
  • Kanak-kanak- RM10
  • Dewasa - RM15

3. Melaka River Cruise

- River cruise ini beroperasi setiap hari dari jam 5.00 petang ke jam 11.30 malam, di jeti Taman Rempah. Pengunjung berpeluang menikmati panorama indah yang berada di sepanjang sungai yang bermandikan cahaya lampu yang berwarna warni. Bot-bot akan melalui Kampung Morten (perkampungan Melayu yang cantik dan tersusun), Taman Lanun, Jambatan Hantu, Kampung Jawa, Menara Jam dan Jonker Walk. Setiap pusingan biasanya memakan masa 45minit yang meliputi 9km perjalanan.

Harga Tiket: 
  • Kanak-kanak- RM10
  • Dewasa - RM15