Sambungan..
Lagi tempat-tempat menarik di
Melaka yang boleh anda lawati:
1. The Shore Oceanarium Melaka
- Merupakan satu tempat tarikan baru yang terletak di tingkat 2 kompleks membeli-belah The Shore. Terowong akuarium sepanjang 160 meter ini menjanjikan perjalanan yang luar biasa di mana pengunjung dapat menyaksikan pelbagai haiwan hidupan laut yang diletakkan di dalam dinding akuarium-akuarium tersebut. Pastinya menyeronokkan!
Harga Tiket:
- Kanak-kanak (3-12thun)- RM18
- Dewasa (13-59 thn) - RM28
- Warga Emas (60 thn ke atas) - RM18
2. Galeri Rumah Terbalik Melaka
Harga Tiket:
- Kanak-kanak- RM10
- Dewasa - RM15
3. Melaka River Cruise
- River cruise ini beroperasi setiap hari dari jam 5.00 petang ke jam 11.30 malam, di jeti Taman Rempah. Pengunjung berpeluang menikmati panorama indah yang berada di sepanjang sungai yang bermandikan cahaya lampu yang berwarna warni. Bot-bot akan melalui Kampung Morten (perkampungan Melayu yang cantik dan tersusun), Taman Lanun, Jambatan Hantu, Kampung Jawa, Menara Jam dan Jonker Walk. Setiap pusingan biasanya memakan masa 45minit yang meliputi 9km perjalanan.
Harga Tiket:
- Kanak-kanak- RM10
- Dewasa - RM15